Tuesday, November 16, 2021

Pengalaman baru dengan rakan lama: Bahasa Melayu.


Baru-baru ini saya telah selesai menulis skrip untuk rancangan majalah yang akan disiarkan di RTM. Menulis skrip bukanlah pencapaian, baru bagi saya… saya pernah menulis skrip untuk satu siri rancangan yang juga diterbitkan untuk RTM dua dekad dahulu.

Skrip yang diterbitkan ketika itu untuk Malaysia Book of Record adalah dalam Bahasa Inggeris. Kali ini pula, rancangan yang bernama Skup Jurnalis, seperti yang dapat dilihat daripada tajuk, adalah dalam Bahasa Melayu.

Kali terakhir saya menulis dalam Bahasa Melayu lebih daripada satu atau dua ayat adalah ketika saya menduduki peperiksaan subjek yang sama bagi Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia pada tahun 1992.

Pencapaian kini adalah kebolehan saya menulis kembali dalam bahasa kebangsaan, bukan satu ayat, atau satu perenggan... tetapi beberapa muka surat. Walaupun jalan bahasa tidak lari daripada cara penulisan bahasa Inggeris yang lebih saya kenali dan selesa, terdapat perbezaan disana dan sini. Apabila saya membaca balik apa yang ditulis, saya dapat faham... ada yang pelik dalam penyampaian tulisan tersebut.

Yang mengharukan, dan membanggakan adalah saya masih lagi ingat apa yang dipelajari lebih dari beberapa dekad dahulu. Memang ada kesalahan tatabahasa disana dan disini, dan ejaan yang berbeza sekarang, terutamanya dengan pengimportan perkataan-perkataan daripada bahasa Inggeris (yang agak berlebihan, tetapi tiada satu bahasa yang original didunia, semua melalui evolusi dengan mengambil masuk perkataan dan frasa daripada bahasa lain).

Oleh itu, saya ingin memulakan fasa baru dalam perjalanan kerjaya saya dengan merujuk kembali apa yang telah saya pelajari zaman sekolah dulu. Sepatutnya, Bahasa Melayu saya adalah lebih mantap dari Bahasa Inggeris. Untuk SPM, saya dapat A2 untuk Inggeris dan A1 untuk BM. Saya tidak dapat mengambil bahasa Inggeris untuk STPM, kerana sekolah (swasta, sebab SPM saya tidak cukup kuat untuk masuk sekolah kerajaan) tidak mempunyai guru untuk subjek tersebut.

Jadi, saya belajar dan menduduki peperiksaan untuk Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia seperti SPM, masa itu) dan bolehlah tahan... saya dapat A dalam mata pelajaran tersebut. Melihat bahawa keputusan mata pelajaran yang lain agak lemah, subjek Bahasa Melayulah yang menarik saya keluar daripada gaung kegagalan.

Jadi, itulah alkisah. Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua guru-guru bahasa, kedua-dua, kerana ialah yang memberi saya harapan setelah melalui zaman kegelapan dalam kehidupan saya. Ini adalah catatan penghargaan tersebut. - RKP 16/11/2021

Matt the Cat And The Vet

  Note:; The poem is my own... the picture, though, was AI prompted. There was once a cat Whose name Matthew or Matt He went to see a vet Co...